About Us

Nasuha Group Of Companies merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Haji Nasuha bin Kasian dan beliau adalah peneroka dalam perniagaan rempah ratus dan kini menjadi syarikat yang terkemuka di dalam industri dengan menghasilkan pelbagai jenis produk.

Haji Nasuha telah memulakan perniagannya pada tahun 1981 dengan menghasilkan produk rempah ratus di bawah jenama "Mak Siti" sebagai pengasas dan pengarah urusan di bawah syarikat Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. Seterusnya pada 1982, tertubuhnya syarikat Budayatama yang menghasilkan produk herba dengan menggunakan jenama "Nasuha Herbs" . 

Senarai syarikat yang telah ditubuhkan oleh Tuan Haji Nasuha ialah:

  1. Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
  2. Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn. Bhd.
  3. Budayatama Corporation Sdn. Bhd.
  4. Nasuha Training Center & Chalets

Ladang Rempah Ratus & Herba Nasuha merangkumi satu kawasan seluas 3,200 ekar yang mana merupakan ladang herba dan rempah ratus terbesar di Asia. Ladang ini terletak di KM 19, Jalan Muar-Pagoh, 84500 Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia.

Terdapat 135 jenis herba dari seluruh dunia ditanam di ladang ini dan ia mampu mengeluarkan 6 hingga 10 tan metrik bahan mentah setiap hari. Tanaman herba di ladang ini adalah berasaskan sistem organik yang tiada menggunakan racun dan baja kimia sekaligus dapat memastikan bahan mentah bebas dari pencemaran bahan kimia.

Sistem pengeringan berteknologi tinggi digunakan untuk mengeringkan semua bahan mentah herba bagi memastikan semua nutrien yang terkandung di dalam bahan mentah tidak rosak dan menjejaskan mutu produk. Pembungkusan dan pengisian dibuat serta-merta selepas pengeringan selesai.


Barangan Nasuha Herbs adalah produk kesihatan berasas herba dikeluarkan mengikut kawalan mutu tinggi. Semua bahan mentah herba kami adalah segar dari ladang kami. Kawalan mutu kami bermula dari pemilihan benih sehingga pembungkusan produk siap. Produk kami diadun menggunakan beberapa jenis herba terpilih berdasarkan kebaikan nutrien di dalam bahan mentahnya di samping memastikan khasiat terpelihara.